Rabu, 31 Oktober 2012

Live life to the fullest



Assalamualaikum 
 
Ape khabar semua ??
Sihat ke korang ??
 
Alhamdulillah kalau sihat,
kalau yang tak berapa nak sihat tu
ponn alahamdulillah
sebab sakit tu ujian tanda Allah sayang ^_^
 
Hmm..
2 minggu yg amat menensyenkan!
Bermula minggu ni..
KENAPA??
*minggu exam lerr.. huhu
 
 
Mane nak baca nota Patologi
Mane nak baca nota Fizik dengan Anatomi lagi
and so on..
Tension-2
*haii laaa cik Fara, apesal laa tak fokus masa kuliah!!
 
Aitt, fokus ea..
kadang-2 je..
hehe
 
Sekarang ni kawan-2 aku semua tengah study
revision lerrr.. apelagi..
esok dah laa exam paper Patologi..
ape nak jawab ni -_-"
 
HAFIZAH BT MOHAMED HATTA (honey dewww)
baca nota immunopatologi..
NORFARAHIM BT MOHD NORDIN (mountain dewww)
baca nota patologi tulang..
yg lain-2 baca ape-ape je..
AKU??? hehehe..
kan aku tengah tulis ni..
bila masa aku baca??
hehe *tadi aku da baca laa...
 
tambah-2 makin banyak dugaan dan godaan
tyme-2 nak exam ni..
godaan makan dan tidur!!!!
makan tidur,
makan tidur,
makan tidur,
apelagi??
hmm, okaylahh
 
I got to go..
there are still other things I must do..
bye-bye~~
adios amigos
assalamualaikum  >_^
 
#jangan pernah berhenti mencintai Allah..
till we meet again..

Jumaat, 24 Ogos 2012

I'm miss yadayada~




Urmm
Urmm
Assalamualaikum ^_^

huhu . da lame tak update .
ohh , my love .. I miss you so much *talking to my online diary :P

Okayy , now back to our topic I'm miss yadayada~

Actually , that's all I want to tell you . heeeeeeeee~

Now , we cucicuci mata and enjoy this music video ;)

I <3 them and their songs





Annyonghi gaseyo ^_^

Sabtu, 4 Ogos 2012

Life at the University

Assalamualaikum :)


fuhhh~ berhabuk belog ni setelah sekian lama tidak di update.. hehe

Wahhh !! pejam, celik, pejam, celik, dah lebih sebulan aku menjadi warga Pusat Perubatan Universiti Malaya.. sungguh tak disangka.. HEHE..

 

sangat best.. so much experience walaupun baru sebulan..
okayy, firstly yang terasa bila hidup kat sini ialah.........


KAWAN BARU !!!

Dapat ramai sangat kawan baru daripada seluruh bumi Malaysia ni
*ecehh, ayat tak menahan. haha XD

tambah-tambah lagi daripada pelbagai bangsa..
padahal Melayu, Cina, India je ponn.
tapi-2, ada ramai keturunan darah campuran kat sini..

kawan-2 semua sporting, normal laa kalau ada yang macam
ikut kepala sendiri tu..
even, aku pun macam tu.
HAHAHAHA
*gelak-2 sambil buat muka innocent.

secondly....

CARA BELAJAR

semua dah officially tau yang cara belajar kat U ni memang agak tough,
kalau tak usaha, YOU byebye laa..
memang tak akan ada yang nak tunggu..
assignment kena buat, untuk manfaat diri sendiri jugak..
so, jangan merungut!!!
*padahal....

macam aku subjek menghafal ni payah sikit..
contoh??

ANATOMI DAN FISIOLOGI

okayyy, tak nak cerita lebih-2..

sebenarnya
aku memang faham laa jugak apa yang lecturer ajar time kuliah
tapi masalahnya,
bila aku mula menapakkan kaki keluar daripada bilik kuliah tu je

~POOF~

Hilang!!!!
tak ingat apa yang belajar tadi..
*ni kes tak baca doa laa ni..
jadi, untuk back up balik apa yang belajar kat kelas tu,
kita kenalah buat revision balik..



AJA, AJA fighting !!!

conclusionnya,
Hidup ini bukan mengenai diri kita sahaja tapi,
juga orang di sekeliling kita serta bagaimana kita hidup dalam kehidupan..
we need to be the best if we want to be at the best place!!!
Yuhuu~ aku jadi orang sastera..
hahahaha *memang tak lahh..

SEKIAN..

Khamis, 21 Jun 2012

Masuk U !!!

alhamdulillah :) aku dah diterima masuk PPUM atau nama panjangnya Pusat Perubatan Universiti Malaya.



"he he he - dah terbayang dalam otak kehidupan di universiti"

Okay! Course ape?
Alhamdulillah, dapat course diploma radiografi sesi 2012/2015.
*haha.. gedik.. Tanya sendiri,,  jawab sendiri.

Alaa, yang X-ray orang tu. Nampak skeleton tu.
Dia ada tawarkan 3 course (radiografi, kejururawatan dan teknologi makmal perubatan).
Kita kena pilih 2. Tapi, untuk permohonan ni, aku buat persendirian.
Means, bukan melalui UPU. Kalau cari dalam senarai UPU tu pun, rasanya tak ada.

Hmmm, then, kalau terpilih (akan dimaklumkanlah) kita kena hadiri temuduga yang pihak PPUM aturkan pulak. Hehe.
Nervous la jugak sebab aku ditemuduga oleh pengetua kolej radiografinya. Tak ada apa pun. Kebanyakan soalan mengenai peribadi dan latarbelakang kita. Aku jawab aje.

masa temuduga aku tu, lebih kurang macam nilah. 3 penemuduga.

Sebenarnya, aku tak nak pergi pun temuduga tu. Bukan takut, tapi tak minat pada mulanya.
Aku fikir nak masuk matrikulasi Kuala Pilah. Selepas aku puas 'menggoreng' buah fikiran aku yang bergeliga ni. Aku setuju jelah nak masuk UM ni. *aik,, bunyi tak ikhlas je.. haha.. Tak adalah.

After, dapat galakan from my dearest mother and my father, aku jadi sukarela pulak. Hee :)
Then, dapat jawapan, I passed it !!!

dah alang-alang tu, ni ada tips sikit. Apa yang aku buat masa temuduga tu :)
Preparation is important.

~ Banyak baca doa. Jangan kedekut senyuman tu. Okay, kalau tak suka senyum pun, buat-buat ajelah senyum. Tak kisah la senyum kambing ke senyum sumbing ke. Janji senyum.

~ Berani. Jangan takut nak jawab soalan. Dia bukan nak dengar jawapan kita betul ke tak. Dia nak tengok cara kita berkomunikasi.

~ Kena ada keyakinan. Kalau tak yakin, macam mana orang nak pilih kann.

~ Masa jawab soalan tu, pandang mata penemuduga tu. Kalau penemuduga tu ramai, pandanglah mata diorang seorang demi seorang. Bergilir-gilir. Yang penting, mata tu jangan merayap pandang tempat lain. Atau jangan pandang lantai/siling je. Nanti penemuduga tu ingat kita tak beri perhatian pulak.

~ Carilah maklumat sikit-sikit mengenai bidang yang kita mohon tu. Contohnya, apa yang kita tahu pasal course tu. Bidang kerja nanti macam mana.

 

One more thing, yang specialnya pasal PPUM ni.
Kita akan ada kontrak kerja 5 tahun dengan diorang.
So, tak payah susah-susah nak cari kerja lagi.
Kita kena belajar je, pastikan pointer baik (kalau cemerlang lagi bagus).
Then, kalau ada rezeki, dia akan panggil kerja dalam tempoh 6 bulan lepas habis belajar tu.
Kalau dah tamat tempoh kerja tu, kita boleh sambung belajar lagi.
Kerja kita tu akan jadi pengalaman masa kita sambung belajar nanti.
Then dah habis, kita boleh kerja balik dengan diorang.
Kan senang :)
Kalau kita iya-iya belajar nak kejar cepat ijazah tapi, lepas tu menganggur. Tak guna jugak.

Ehh, lupa pulak. Bagi yang tajaan PPUM akan dapat elaun belajar RM 601.00 sebulan. Asalnya RM 621.00 tapi, tolak sewa asrama RM 20.00 tinggal banyak tu. Takpe-takpe, janji duit masyukk!!! hehehe.

Okaylahh^_^ sampai sini aje dulu. Nanti dah masuk sana, aku update lagi. Bye~

#assalamualaikum .. hehe, lupa nak bagi salam mula-mula tadi.

"Luck is what happens when preparation
meets oppurtunity."-Elmer Leterman

Selasa, 19 Jun 2012

sekudus cinta Illahi



cinta ALLAH^^





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh^^
dah 2 bulan tak update blog ni.. hihi..

OKAY, jengg, jengg, jengg~

"Ya ALLAH, aku jatuh cinta!"

Ya!!! Aku jatuh cinta kepadaMu dan akan sentiasa jatuh cinta kepadaMu..

Aku jatuh cinta dengan kelembutanMu. Dikala manusia menghindariku, Engkau sentiasa ada di sisiku.. Surat-surat dariMu, aku selak setiap helai. KalamMu yang mulia aku tartil satu persatu.




 Indahnya bicara hikmah dariMu. Dari lembaran naskhah al-Qarim itu, aku jumpa kata-kata cintaMu untukku. Mengalir air mata aku. Subhanallah, bertambah mekar rasa cinta untukMu.

Aku jatuh cinta kerana cintaMu.
Cinta Allah tiada bertepi, tiada akhir.
Itulah cinta yang sering aku cari.
Biarpun aku redah seluruh halangan dunia namun,
tidak akan aku jumpa cinta lain yang mampu menandingi kuatnya cintaMu.

  Ya Habibi, andai aku jatuh cinta pada hambaMu. Kau kekalkanlah rasa cintaku padaMu. Namun, andai mencintai hambaMu, memudarkan rasa cintaku padaMu, aku mohon kau ambillah semula rasa cintaku kepada hambaMu. Sesungguhnya, aku lebih rela hilang cinta kepada manusia daripada aku kehilangan rasa cintaku kepadaMu.
Ya Allah, aku yakin dengan segala ketentuanMu.


I know that Allah has a bigger plan for me than I have for myself. And I know
that His plan is the best for me :) Alhamdulillah.



Satukanlah aku bersama insan yang berjihad di jalanMu.
Insan yang berdakwah di jalanMu.
Semoga cinta itu membawa aku menuju keredhaanMu,
menuntunku ke syurgaMu.

#jangan pernah berhenti mencintai Allah^_^

Ahad, 1 April 2012

ASSALAMUALAIKUM wbt


Salam perkenalan dan salam ukhuwah fillah :)
blog pertama yang saya buat secara rasmi
hehe
sebelum saya mulakan mengarang dan berkongsi di blog ni,
saya terlebih dahulu memohon maaf,
andai akan ada menyinggung hati mana-mana pihak selepas ini..
Kalau ada yang terkurang,
harap menegur dan perbetulkan^^
okay, hope to see you around..

#assalamualaikum

Senyum...




ASSALAMUALAIKUM :)


See . . . SMILE . . okay, we start reading this blog with such a very sweet smile from you.
Senyum itu sedekah. Senyum itu juga Sunnah. Senyum itu terapi jiwa. Senyum juga adalah ubat mujarab awet muda. Jadi, janganlah kedekut untuk menghadiahkan senyuman.

TETAPI, senyum juga mesti kena pada tempatnya. Jangan sampai menimbulkan fitnah.
Senyuman yang ikhlas adalah yang paling penting. Senyuman yang ikhlas akan terukir sangat indah di wajah seseorang. Tetapi, apabila senyuman yang dibuat-buat, ianya sedikit sebanyak akan kelihatan hambar dan kurang serinya.

Sebenarnya, banyak fakta dan faedah jika kita tersenyum. Antaranya:

  1) Kajian saintis ada menunjukkan individu yang ketawa sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam akan memperolehi manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini terjadi kerana senyuman akan meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah dan seterusnya akan berkurang sehingga lebih rendah dari paras sebelum anda tersenyum. Jadi, ia akan menjadi lebih stabil.



  2) Ketika kita tersenyum, sel-sel pembunuh virus dan tumor akan terhasil dan meningkat selaras dengan pertambahan Gamma-interferon, sel T (penting untuk sistem pertahanan tubuh badan), dan sel B (menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  3) Senyuman mampu merendahkan tekanan darah. Pertambahan oksigen dalam darah mampu merangsang penyembuhan.
  4) Senyuman juga turut menghasilkan hormon endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Secara tidak langsung melahirkan keselesaan dalam diri sendiri.
  5) Secara purata, kanak-kanak akan tersenyum lebih kerap berbanding orang yang lebih dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali berbanding orang dewasa. Oleh itu, tidak hairan jika orang dewasa akan lebih mudah diserang penyakit.

so CUTE ! !




















and lastly :D





#jadi kesimpulannya, kurangkan manis dalam minuman
dan tambahkan manis dalam senyuman ;)
assalamualaikum