ASSALAMUALAIKUM :)
See . . . SMILE . . okay, we start reading this blog with such a very sweet smile from you.
Senyum itu
sedekah. Senyum itu juga
Sunnah. Senyum itu
terapi jiwa. Senyum juga adalah ubat mujarab
awet muda. Jadi, janganlah kedekut untuk menghadiahkan senyuman.
TETAPI, senyum juga mesti kena pada tempatnya. Jangan sampai menimbulkan fitnah.
Senyuman yang ikhlas adalah yang paling penting. Senyuman yang ikhlas akan terukir sangat indah di wajah seseorang. Tetapi, apabila senyuman yang dibuat-buat, ianya sedikit sebanyak akan kelihatan hambar dan kurang serinya.
Sebenarnya, banyak fakta dan faedah jika kita tersenyum. Antaranya:
1) Kajian saintis ada menunjukkan
individu yang ketawa sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam akan memperolehi manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini terjadi kerana senyuman akan meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah dan seterusnya akan berkurang sehingga lebih rendah dari paras sebelum anda tersenyum. Jadi, ia akan menjadi lebih stabil.
2) Ketika kita tersenyum,
sel-sel pembunuh virus dan tumor akan terhasil dan meningkat selaras dengan pertambahan
Gamma-interferon, sel T (penting untuk sistem pertahanan tubuh badan), dan sel B (menghasilkan antibodi melawan penyakit).
3) Senyuman mampu
merendahkan tekanan darah. Pertambahan oksigen dalam darah mampu merangsang penyembuhan.
4) Senyuman juga turut
menghasilkan hormon endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Secara tidak langsung melahirkan keselesaan dalam diri sendiri.
5) Secara purata, kanak-kanak akan tersenyum lebih kerap berbanding orang yang lebih dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali berbanding orang dewasa. Oleh itu, tidak hairan jika orang dewasa akan lebih mudah diserang penyakit.
so CUTE ! !
and lastly :D
#jadi kesimpulannya, kurangkan manis dalam minuman
dan tambahkan manis dalam senyuman ;)
assalamualaikum