Khamis, 21 Jun 2012

Masuk U !!!

alhamdulillah :) aku dah diterima masuk PPUM atau nama panjangnya Pusat Perubatan Universiti Malaya.



"he he he - dah terbayang dalam otak kehidupan di universiti"

Okay! Course ape?
Alhamdulillah, dapat course diploma radiografi sesi 2012/2015.
*haha.. gedik.. Tanya sendiri,,  jawab sendiri.

Alaa, yang X-ray orang tu. Nampak skeleton tu.
Dia ada tawarkan 3 course (radiografi, kejururawatan dan teknologi makmal perubatan).
Kita kena pilih 2. Tapi, untuk permohonan ni, aku buat persendirian.
Means, bukan melalui UPU. Kalau cari dalam senarai UPU tu pun, rasanya tak ada.

Hmmm, then, kalau terpilih (akan dimaklumkanlah) kita kena hadiri temuduga yang pihak PPUM aturkan pulak. Hehe.
Nervous la jugak sebab aku ditemuduga oleh pengetua kolej radiografinya. Tak ada apa pun. Kebanyakan soalan mengenai peribadi dan latarbelakang kita. Aku jawab aje.

masa temuduga aku tu, lebih kurang macam nilah. 3 penemuduga.

Sebenarnya, aku tak nak pergi pun temuduga tu. Bukan takut, tapi tak minat pada mulanya.
Aku fikir nak masuk matrikulasi Kuala Pilah. Selepas aku puas 'menggoreng' buah fikiran aku yang bergeliga ni. Aku setuju jelah nak masuk UM ni. *aik,, bunyi tak ikhlas je.. haha.. Tak adalah.

After, dapat galakan from my dearest mother and my father, aku jadi sukarela pulak. Hee :)
Then, dapat jawapan, I passed it !!!

dah alang-alang tu, ni ada tips sikit. Apa yang aku buat masa temuduga tu :)
Preparation is important.

~ Banyak baca doa. Jangan kedekut senyuman tu. Okay, kalau tak suka senyum pun, buat-buat ajelah senyum. Tak kisah la senyum kambing ke senyum sumbing ke. Janji senyum.

~ Berani. Jangan takut nak jawab soalan. Dia bukan nak dengar jawapan kita betul ke tak. Dia nak tengok cara kita berkomunikasi.

~ Kena ada keyakinan. Kalau tak yakin, macam mana orang nak pilih kann.

~ Masa jawab soalan tu, pandang mata penemuduga tu. Kalau penemuduga tu ramai, pandanglah mata diorang seorang demi seorang. Bergilir-gilir. Yang penting, mata tu jangan merayap pandang tempat lain. Atau jangan pandang lantai/siling je. Nanti penemuduga tu ingat kita tak beri perhatian pulak.

~ Carilah maklumat sikit-sikit mengenai bidang yang kita mohon tu. Contohnya, apa yang kita tahu pasal course tu. Bidang kerja nanti macam mana.

 

One more thing, yang specialnya pasal PPUM ni.
Kita akan ada kontrak kerja 5 tahun dengan diorang.
So, tak payah susah-susah nak cari kerja lagi.
Kita kena belajar je, pastikan pointer baik (kalau cemerlang lagi bagus).
Then, kalau ada rezeki, dia akan panggil kerja dalam tempoh 6 bulan lepas habis belajar tu.
Kalau dah tamat tempoh kerja tu, kita boleh sambung belajar lagi.
Kerja kita tu akan jadi pengalaman masa kita sambung belajar nanti.
Then dah habis, kita boleh kerja balik dengan diorang.
Kan senang :)
Kalau kita iya-iya belajar nak kejar cepat ijazah tapi, lepas tu menganggur. Tak guna jugak.

Ehh, lupa pulak. Bagi yang tajaan PPUM akan dapat elaun belajar RM 601.00 sebulan. Asalnya RM 621.00 tapi, tolak sewa asrama RM 20.00 tinggal banyak tu. Takpe-takpe, janji duit masyukk!!! hehehe.

Okaylahh^_^ sampai sini aje dulu. Nanti dah masuk sana, aku update lagi. Bye~

#assalamualaikum .. hehe, lupa nak bagi salam mula-mula tadi.

"Luck is what happens when preparation
meets oppurtunity."-Elmer Leterman

Selasa, 19 Jun 2012

sekudus cinta Illahi



cinta ALLAH^^





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh^^
dah 2 bulan tak update blog ni.. hihi..

OKAY, jengg, jengg, jengg~

"Ya ALLAH, aku jatuh cinta!"

Ya!!! Aku jatuh cinta kepadaMu dan akan sentiasa jatuh cinta kepadaMu..

Aku jatuh cinta dengan kelembutanMu. Dikala manusia menghindariku, Engkau sentiasa ada di sisiku.. Surat-surat dariMu, aku selak setiap helai. KalamMu yang mulia aku tartil satu persatu.




 Indahnya bicara hikmah dariMu. Dari lembaran naskhah al-Qarim itu, aku jumpa kata-kata cintaMu untukku. Mengalir air mata aku. Subhanallah, bertambah mekar rasa cinta untukMu.

Aku jatuh cinta kerana cintaMu.
Cinta Allah tiada bertepi, tiada akhir.
Itulah cinta yang sering aku cari.
Biarpun aku redah seluruh halangan dunia namun,
tidak akan aku jumpa cinta lain yang mampu menandingi kuatnya cintaMu.

  Ya Habibi, andai aku jatuh cinta pada hambaMu. Kau kekalkanlah rasa cintaku padaMu. Namun, andai mencintai hambaMu, memudarkan rasa cintaku padaMu, aku mohon kau ambillah semula rasa cintaku kepada hambaMu. Sesungguhnya, aku lebih rela hilang cinta kepada manusia daripada aku kehilangan rasa cintaku kepadaMu.
Ya Allah, aku yakin dengan segala ketentuanMu.


I know that Allah has a bigger plan for me than I have for myself. And I know
that His plan is the best for me :) Alhamdulillah.



Satukanlah aku bersama insan yang berjihad di jalanMu.
Insan yang berdakwah di jalanMu.
Semoga cinta itu membawa aku menuju keredhaanMu,
menuntunku ke syurgaMu.

#jangan pernah berhenti mencintai Allah^_^